Monday, March 10, 2008

apakah itu citra klasik?

Citra Klasik ialah sebuah perniagaan enterprise, dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh 100% Bumiputra Islam yang berpengalaman di bidang ini. Setakat ini, MARA, MARDI dan JABATAN PERTANIAN banyak membantu dari segi latihan, bantuan moral dan khidmat pakar runding. Citra Klasik juga menjadi tempat lawatan bagi kebanyakan program MARDI di bidang yang berkaitan. Citra Klasik didaftarkan pada 27 April 2004 dan mula beroperasi pada 2 Ogos 2004 di lot rumah kedai dua tingkat di Pusat Hentian Kajang yang dibeli atas pembiayaan Bank Rakyat. Bakeri & cafe ini beroperasi di tingkat bawah manakala tingkat atas dijadikan tempat latihan kulinari dan pejabat. Buat masa ini, perniagaan lebih tertumpu kepada katering, membuat dan membekal kuih-muih, kek dan roti serta latihan kulinari dan bakeri untuk individu, persatuan/ kelab dan juga pra-persaraan.

No comments:

This free script provided by
JavaScript Kit